Wednesday, 17 August 2016

Pengenalan Masjid


Masjid Jamek Al Azhar
Jalan bakau condong,
83000,batu pahat,
Johor,
Malaysia.

Masjid Jamek Al Azhar

Latar belakang
Masjid jamek Al Azhar dalah sebuah masjid terbesar di Bandar Batu Pahat,Johor,Malaysia. Mazhab yang diamalkan pada waktu itu adalah mazhab sunni. Masjid ini turut di dirikan berhampiran sungai Muar yang dapat dilihat dari Masjid Jamek Sultan Ibrahim di Tanjung Emas. Kedua-duanya bertentangan antara satu sama lain yang hanya dipisahkan oleh Sungai Muar. Masjid ini mempuanyai bilangan Jemaah yang ramai dan boleh memuatkan seramai 2000 jemaah dalam satu masa terutama sekitar Tanjung Agas dan kawasan berhampiran yang mempunyai populasi yang padat.

Binaan
Jika dilihat daripada reka bentuk,adalah sukar untuk membezakan ia dengan masjid Sultan Ibrahim di Tanjung Emas. Namun sekiranya dilihat dan diamati secara dekat,kita akan dapat melihat kelainan yang terdapat di bahagian menara dan kubah masjid ini,selain perbezaan yang ada pada reka bentuk dan warna pada mimbar kedua-dua masjid.
Mimbar masjid Sultan Ibrahim diperbuat daripada besi yang diukir berciri klasik dan diwarnakan dengan warna putih mutiara dan emas,menonjolkan gaya mewah serta menjadi satu keindahan yang menarik perhatian pengunjung. Namun, Mimbar masjid Al Azhar pula menggunakan kayu yng berukir yang menonjolkan kesenian tradisi tempatan dan ia dikemaskan dengan warna yang agak gelap bersesuaian dengan latar dalaman masjid yang bewarna putih, menimbulkan suasana kesucian dan kemurnian Islam.

Kemudahan
Masjid jamek Al Azhar dilengkapi peralatan canggih seperti system pendinginan dan audio visual. Ini membantu menaik taraf masjid ini dan ia merupakan antara masjid yang aktif dengan pelbagai program yang dilaksanakan oleh penduduk daripada pelbagai lapisan dan peringkat umum.


No comments:

Post a Comment